Penglibatan politik Raja_Petra_Kamaruddin

Raja Petra merupakan ahli Parti Keadilan Nasional (sekarang dikenali sebagai "Parti Keadilan Rakyat") yang terkehadapan — parti yang ditubuhkan sebagai satu tindakalas penangkapan bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dalam tahun 1998.[4] Pada 11 April 2001, Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan perdana menteri Mahathir bin Mohamad pada ketika itu.[4][1] Beliau telah dibebaskan dari pada pusat tahanan 52 hari kemudian.[5]

Raja Petra Kamarudin telah memulakan laman Malaysia Today dan blognya untuk memudahkan suatu perbincangan terbuka terhadap senario politik dan sosial Malaysia. Dalam tulisan atas taliannya, beliau selalunya sangat lucu, penuh dengan jenaka dan kadangkala kritis terhadap pembangunan politik di Malaysia. Di dalam rencananya di Malaysia Today, beliau menyokong ketelusan, kebertanggungjawaban dan keadilan di dalam sistem politik Malaysia. Dia selalu mengecam politik wang, rasuah, dan polarisasi etnik yang tertanam jauh di dalam masyarakat Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Raja_Petra_Kamaruddin http://www.smh.com.au/articles/2002/03/29/10172061... http://www.blogger.com/profile/2933506 http://rockybru.blogspot.com/2007/08/ah-marina-raj... http://www.malaysiakini.com/news/90208 http://www1.malaysiakini.com/news/89544 http://www1.malaysiakini.com/news/89549 http://www.malaysiatoday.com/berita http://www.suarakeadilan.com/isi/2008/05/02/raja-p... http://www.asiamedia.ucla.edu/article.asp?parentid... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/...